Isnin, Disember 21, 2009

SALAM HIJRAH 1431



Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah
menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu।


"Kalau ditanya umat Islam moden hari ini bilakah Rasulullah saw hijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah), majoritinya akan menjawab 01 Muharram. Mengapa? Kerana kita meraikan peristiwa ma'al hijrah pada 01 Muharram tiap tahun.

Sedangkan hakikatnya peristiwa besar hijrah sebenarnya tidak berlaku pada 01 Muharram. Sebaliknya ia berlaku pada hari Juma'at 12 Rabi'ul Awal. Rasulullah keluar daripada rumah di Makkah pada 21 (atau 23 Safar) dan kemudiannya bersembunyi beberapa hari dengan Saidina Abu Bakr di Gua Thur.

Kemudian Rasulullah berjalan ke arah Yathrib dan tiba di perkampungan Quba pada hari Isnin 08 Rabi'ul Awal. Disana Rasulullah mendirikan Masjid pertama didalam sejarah Islam dipanggil Masjid Quba'.

Pada pagi Juma't 12 Rabi'ul Awal, Raslulullah bersama Saidina Abu Bakr dan penduduk Qubah bertolak beramai-ramai menuju ke Yathrib. Tidak jauh selepas berjalan (dalam 2-3 km), masuklah waktu Jumaat. Maka Rasulullah berhenti dan mendirikan solat Juma'at. Itulah solat Juma'at pertama didirikan secara berjema'ah terbuka didalam sejarah Islam. Disitu jugalah pertama kali Rasulullah menyampaikan khutbah Juma'at secara terbuka dalam sejarah Islam. Persitiwa itu kini dirakam dengan pembinaan sebuah masjid berhampiran pinggi Quba' yang kini dikenali sebagai Masjid Juma'at.

Setelah selesai, Rasulullah meneruskan perjalan ke Yathrib dan tiba sekitar waktu 'asar. Disitulah berlaku peristiwa dimana Rasulullah menyampaikan pidato pertama sebagai pemimpin Daulah Islamiyyah di Madinatul Munawwarah, dan dalam ucapan sulong itu Rasulullah memulakannya dengan ucapan: "Aiyuhannas..afsyus salam" ("Wahai manusia..sebarkanlah salam").

Kemudian kita semua tahu berlaku peristiwa unta Rasulullah bernama Quswa yang ditaqdirkan berjalan menuju ketempat yang hari ini adalah Masjid Nabawi.

Perkara yang ingin saya kemukakan adalah bagaimana kita umat Islam sudah menjadi kelabu dengan sejarah kita sendiri, sehinggakan perkara yang kita cipta kini menjadi suatu peringatan sejarah, satu 'kegiatan agama'-sehingg menenggelamkan hakikat sejarah sebenarnya Rasulullah berhijrah pada tarikh 12 Rabi'ul Awal, bukannya 01 Muharram!

Sebagai perbandingan, cuba kita bertanya kepada mana-mana umat Kristian bilakah lahirnya Jesus, mereka akan senada menyatakan pada 25 Disember, dengan perayaan apa yang dikenali sebagai Krismas. Atau dalam bahasa Indonesia disebut Hari Natal-hari kelahiran Jesus.

Sedangkan hakikatnya Jesus tidak lahir pada 25 Disember, sebaliknya dia lahir pada 06 Januari. Sebab itu penganut Kristian Orthodox di Syria, Armenia, Iraq, Jerusalem dan lain-lain tidak meraikan Krismas 25 Disember ini. @5 Disember adalah hari perayaan Krismas yang dicipta oleh Kerajaan Roman diabad ke 3 atau 4 untuk memperingati hari penyembahan matahari dipanggil Saturnalia. Hari ini umat kristian hampir-hampir, mungkin juga sudah lupa tarikh sebenar kelahiran Jesus!
Apakah kita umat Islam sedang menjejaki langkah-langkah mereka!
Hari ini kalau ditanya umat Islam apakah hukum orang berzina, berkhalwat, qazaf dan lain-lain. Mereka kata denda atau penjara kerana itulah yang terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah. Walhal itu adalah undang-undang yang kita reka. Sedangkan hakikat sebenarnya mengikut hukum asli Al Quran dan Sunnah sangatlah berbeza!

Apakah hadis Rasulullah saw bahawa suatu hari nanti kita umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasara selangkah demi selangkah, setapak demi setapak sehingga mereka masuk lubang biawak pun kita akan ikut sudah terjadi. Kalau tengok cara kita memperingati peristiwa hijrah, dibandingkan dengan Krismas, mungkin kita sudah pun termasuk dalam lubang biawak itu, na'uzubillah min zaalik.

Aiyuhal ummatin, ikhwanul Muslimin rahimakumullah, kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar, berdasarkan al Quran dan Sunnah. Saya mengjaka diri saya dan diri saudara/i semua marilah kita melakukan hijrah sebenarnya, hijrah aqidah kepada Islam yang hakiki.

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat sahabatnya.

Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang terpilih.

YA Rahman Ya Rahim, aku bermohon kepadamu Kau ampunilah segala dosa-dosaku hari ini, semalam yang telah lalu dan akan datang sama ada yang sengaja atau tidak . Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibubapaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku juga muslimin keseluruhannya. Kau ampunilah kami semua. Kau lepaskanlah kami semua dari azab api neraka dan berilah kami keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,kekalkanlah tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi.

Muhammad Rasyid Ridlo dalam Tafsir Al-Manar menulis, ” Iman membangkitkan sinar dalam akal, sehingga merupakan petunjuk jalan ketika berjumpa dengan kegelapan dan keraguan. Dengan iman, seseorang akan hmengatasi batu penghalang yang dapat menjatuhkan ke jurang kebinasaan. Iman menumbuhkan dalam diri manusia suatu pusat penelitian atas tiap detik² hati yang terlintas dan setiap pandangan yang terbentang. Dengan iman seseorang dapat melihat tembus sesuatu yang tersirat dalam kulit yang tersurat.

Jumaat, September 25, 2009

HAYATILAH...



عن أبي أيوب الانصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
رواه مسلم و أبو داود و الترمذي و النساني و ابن ماجه


Dari Abu Aiyub Al-Ansori رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه
telah bersabda :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dari bulan syawwal adalah ia seolah-olah berpuasa setahun".

Diriwayatkannya oleh Muslim, Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah

Selasa, September 22, 2009


SELAMAT HARI RAYA





Cepatnya masa berlalu…rupanya kita dah berada di penghujungg ramadhan. Sekejap lagi majlis raja2 akan mengumumkan samada esok hari raya atau kita akan berpuasa. Apa pun bulan ramadhan yang datangnya hanya setahun sekali tidak cukup bagi orang yang mengambil peluang dan faedah dari apa yang diturunkan oleh Allah pada bulan tersebut. Bulan berkat, penuh dengan kenikmatan, bulan ibadah, bulan di mana manusia melakukan amal dan kebajikan, bulan dimana Allah memakbulkan doa2 kita, bulan yang mana semua syaitan dipenjara dan banyak lagi keistimewaan pada bulan tersebut sehingga nabi mengatakan bahawa “jika umatku mengetahui kelebihan bulan ramadhan, nescaya mereka mahu sepanjang tahun itu adalah bulan ramadhan”. 8.20 malam, pengumuman dibuat dan menetapkan bahawa esok adalah hari raya. Maka bergembira dan berseronoklah semua umat Islam di atas kejayaan mengharungi bulan ramadhan selama sebulan. Apa pun ilal liqo ya ramadhan moga kita dipertemui lagi pada tahun hadapan…

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..
Assalamualaikum…salam ramadhan & selamat aidilfitri..
Raya ni saya kat semenanjung jek..mmg rindu sgt nak raya kat tanah air Sabah,
tapi saya kat sini jadi susah la nak balik kampung..
anyway saya nak amik kesempatan ini untuk ucapkan selamt ari raya
kpd kedua ibu bapa saya yang selamat ini mendidik dan mengasuh saya
kepada kakak dan adik-adik saya
sahabat-sahabat ku
guru-guru
saudara mara
dan seluruh umat Islam di dunia ini
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
____________________________________________
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
____________________________________________
Berlabuh mentari di kaki Ramadhan
Takbir Syawal Menggema Alam
Salam dihulur saling bermaafan
Aidil fitri dirai keinsafan bersulam
______________________________________________
Andai jarak tak kuasa berjabat,
setidaknya kata masih dapat terungkap.
Untuk setiap tutur yang khilaf,
Untuk setiap perangai yang berbekas,
Untuk segenap kerak hati yang tak kunjung luruh,
Ku pinta maaf dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf Zahir dan Batin.
_____________________________________________
Ramadhan mubarak sampai ke penghujungnya,
Sinar Syawal mula menjelma,
10 jari disusun maaf dipinta,
Mudah-mudahan amalan diterima Yang Maha Esa,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
______________________________________________


Tangan dihulur tak kesampaian,
Senyum diukir tak kelihatan,
SMS dikirim tanda ingatan,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir & Batin.
_______________________________________________
Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal
taqaballahu.minna.wa.minkun
__________________________________________________
Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA slh mndengar,
LIDAH trlnjur brkata,
FIKIRAN khilaf mnafsir,
& HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya,
__________________________________________________
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
_____________________________
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
___________________________________


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
_________________________________________
Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga….
Janji yang terabaikan….
Hati yang berprasangka & …..
Sikap yang pernah menyakitkan….
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
___________________________________________________
Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin….
_________________________________

ti@da kaTa seindah ziQir,,
tiAda h@ri seindah h@ri yG fitri ni,,
izinkan k2 tangan bersimpuh maAf,,
4tas lisan yG tak terjaga,,
janji yG terabaikan,,
hati yG berprasangka,, &
sik@p yG pernah mnYakitkan.
Minal ‘Aidin Walfaizin,,moHon maAf lahir & b@Thin
_____________________________________
#HIDUP HANYA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR bokek
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
$LEBARAN Idul Fitri$
Mohon Maaf Lahir Batin
___________________________________
Taqobalallahu minna wa minkum… Sebelum takbir berkumandang, Sebelum ajal menjemput, Sebelum jaringan over load, Izinkan daku memohon maaf lahir dan bathin…
___________________________________
Mata kadang salah melihat……..
Mulut kadang salah berucap……
Hati kadang salah menduga…….
Kaki kadang salah melangkah…..
Tangan kadang salah berbuat…..
Telinga kadang salah mendengar…..
Nah lho…!!! banyak bener yee salah ane???
Ma2pin yee……….
Marhaban Yaa Ramadhan,,,,,,,
_______________________________________

Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan hari raya melalui sms terlalu banyak tidak dapat ku tulis di ruang ini…
Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin…

Selasa, September 01, 2009

SOAL JAWAB RAMADHAN


Adakah harus berkumur dan membasuh hidung ketika sedang puasa?

Harus tetapi jangan berlebihan kerana dibimbangi akan tertelan air. Sabda Nabi s.a.w.; “Lebihkanlah memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika engkau berpuasa” (HR Imam Abu Daud dan Tirmizi dari Laqith ibn Shabirah r.a.).

Jika tertelan air kerana berlebih-lebihan berkumur atau membasuh hidung itu, batallah puasa. Jika seseorang itu berkumur secara sederhana sahaja –tanpa berlebihan- lalu ia tertelan air tanpa disengajaka, tidaklah batal puasanya.[1]

Apa hukum mandi dengan niat menyejukkan bahadan ketika sedang berpuasa?

Harus kerana diceritakan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w.; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

Adakah harus memberus gigi ketika sedang berpuasa?

Harus kerana Nabi s.a.w. menggalakkannya pada setiap kali hendak mengambil wudhuk tanpa mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Sabda baginda; “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (HR Imam Malik, Ahmad, Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

Namun hendaklah berhati-hati agar jangan tertelan ubat gigi atau sisa-sisa makanan di celah gigi tidak termasuk ke dalam kerongkong kerana ia akan membatalkan puasa.

Adakah harus bercelak ketika sedang berpuasa?

Harus kerana ‘Aisyah r.a. pernah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memakai celak dalam bulan Ramadhan ketika baginda sedang berpuasa” (HR Imam Ibnu Majah).

Begitu juga menurut ulama’; tidak membatalkan puasa menitikkan ubat ke dalam mata kerana mata bukanlah saluran yang terbuka (yang sampai ke rongga dalam badan yakni perut atau kepala).

[1] Begitu juga dengan wanita yang mengunyah makanan untuk anaknya lalu tertelan atau orang yang merasa makanan lalu tertelan; menurut mazhab Syafi’ie tidak membatalkan puasa kerana tidak disengajakan. Namun menurut mazhab Maliki dan Hanafi; batal puasa. (Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 440).
SOLAT TARAWIH
Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

Solat Terawih sentiasa dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan baginda menggalakkan kaum muslimin supaya mengerjakannya. Begitu juga, para sahabat dan tabi’in selepas baginda. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah. Di dalam hadis soheh, Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa mengerjakan qiyam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)[1]

Maksud qiyam Ramadhan di dalam hadis di atas ialah menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah. Menurut ulamak, secara khususnya qiyam Ramadhan terhasil dengan mengerjakan solat Terawih iaitu solat sunat yang disyari’atkan khusus dalam bulan Ramadhan. Namun secara umumnya segala jenis ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan dengan niat untuk menghidupkan malam-malam itu sama ada ibadah itu berupa solat sunat, bacaan al-Quran, berzikir, menuntut ilmu dan sebagainya, semuanya dapat dianggap sebagai qiyam Ramadhan.[2]


Berapa bilangan rakaat solat Terawih?

Segolongan ulamak berpendapat; bilangan rakaat solat Terawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;

ما كان رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

“Rasululllah s.a.w. tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jumhur ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal berpandangan; bilangan rakaat solat Terawih ialah 20 rakaat tidak termasuk witir. Mereka berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan lainnya dengan isnad yang soheh dari sahabat yang bernama as-Saib bin Yazid r.a. (السائب بن يزيد) yang menceritakan;

كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة

“Umat Islam pada zaman Umar menunaikan solat Terawih di bulan Ramadhan 20 rakaat”.

Begitu juga, Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ dari Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمان عمر بن الخطاب بثلاث وعشرين ركعة

“Orang ramai menunaikan solat Terawih pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir)”.

Bagi Imam Malik; solat Terawih ialah 36 rakaat tidak termasuk witir. Beliau berhujjah dengan amalan penduduk Madinah. Berkata Imam Nafi’; “Aku mendapati orang ramai menghidupkan malam Ramadhan dengan (mengerjakan solat) 39 rakaat, mereka berwitir dengan tiga rakaat darinya”.

Jadi dalam mengerjakan solat Terawih ini terdapat keluasan bagi umat Islam. Mereka boleh memilih sama ada ingin mengerjakan 11 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w., atau 23 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh kaum muslimin di zaman Umar r.a. atau mengerjakan 39 rakaat sebagaimana amalan penduduk Madinah.

Berkata Syeikh Mahmud Khattab as-Subki dalam kitabnya ad-Din al-Khalis; “Beramal sebagaimana yang dikerjakan pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakar r.a. dan awal pemerintahan Umar r.a. adalah lebih utama dan lebih baik iaitu dikerjakan solat Terawih sebanyak lapan atau sepuluh rakaat tidak termasuk witir. Yang afdhal berikutnya ialah menunaikannya sebanyak dua puluh rakaat sebagaimana yang diamalkan di hujung pemerintahan Umar r.a. dan pada zaman pemerintahan Usman dan Ali r.a.. Qiyam Ramadhan (yakni solat Terawih) adalah ibadah yang digalakkan (yakni sunat) dan tidak terdapat nas dari Syarak yang membataskan bilangan rakaatnya. Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda;

عليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديِّين الراشدين تمسكوا بها وعضُّوا عليها بالنَّواجذ

“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafak yang mendapat petunjuk (selepasku). Berpegang lah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu…”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Abi Najih al-‘Irbadh bin Sariyah r.a.)[3]


Mana lebih baik, melakukannya bersendirian atau berjamaah?

Jumhur ulamak berpandangan; menunaikan solat Terawih di Masjid secara berjamaah adalah lebih baik dari mengerjakannya di rumah sendirian kerana solat secara berjamaah adalah salah satu dari syi’ar Islam sebagaimana solat hari raya dan juga kerana banyak pahalanya di mana ia melebihi dari solat sendirian sebanyak 27 darjat

Para zaman Nabi s.a.w., para sahabat baginda mengerjakannya secara berjamaah di Masjid. Malah Nabi s.a.w. juga turut berjamaah bersama mereka walaupun diperingkat awalnya sahaja iaitu selama tiga malam. Sama halnya pada zaman Khulafak ar-Rasyidin iaitu solat Terawih dikerjakan berjamaah di masjid.

Imam Muslim meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- خَرَجَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، فَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَتَحَدَّثُونَ بِذَلِكَ، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فِي اللَّيْلَةِ الثَّانِيَةِ، فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَذْكُرُونَ ذَلِك، فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ، فَخَرَجَ فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فَطَفِقَ رِجَالٌ مِنْهُمْ يَقُولُونَ: الصَّلاَة، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الْفَجْرِ.فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقَبْلَ عَلَى النَّاسِ، ثُمَّ تَشَهَّدَ، فَقَالَ: "أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ شَأْنُكُمُ اللَّيْلَةَ، وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ صَلاَةُ اللَّيْلِ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا.

“Rasulullah s.a.w. keluar pada satu malam (di bulan Ramadhan) ke masjid, lalu menunaikan solat (yakni solat qiyam Ramadhan atau Terawih). Beberapa lelaki (yang kebetulan berada di dalam masjid) ikut sama bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai bercakap-cakap tentang hal itu menyebabkan lebih ramai yang berkumpul di masjid (pada malam kedua). Rasulullah s.a.w. keluar pada malam kedua (untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai menyebut-nyebut lagi hal itu, menyebabkan semakin ramai yang datang ke masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w, keluar lagi (pada malam ketiga untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. Pada malam ke empat, (semakin ramai yang datang) sehingga masjid menjadi sempit sehingga tidak dapat menampung orang ramai. Namun pada malam ke empat itu Rasulullah tidak keluar. Walaupun beberapa lelaki melaungkan “as-Solah!”, baginda tetap tidak keluar. Sehinggalah (apabila menjelang subuh) barulah baginda keluar untuk menunaikan solat subuh. Selesai mengerjakan solat subuh, baginda mengadap orang ramai dan berucap kepada mereka; ‘Sesungguhnya aku mengetahui keadaan kamu malam tadi. Namun (aku sengaja tidak keluar untuk mengerjakan solat bersama kamu kerana) aku bimbang akan difardhukan ke atas kamu solat malam, lalu kamu tidak mampu mengerjakannya’”. (Riwayat Imam Muslim)

Sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki berpendapat; mengerjakan solat Terawih di rumah adalah lebih baik kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

صلوا أيها الناس في بيوتكم؛ فإن أفضل الصلاة صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Tunaikanlah solat wahai sekelian manusia di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling baik ialah solat yang dikerjakan oleh seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Tsabit r.a.)

Sebahagian ulamak yang lain pula membuat perincian bagi masalah ini untuk menghimpun antara hadis-hadis di atas di mana menurut mereka; jika sekiranya seorang muslim itu penghafal al-Quran dan tidak ada sebarang gangguan (di rumah) yang akan menghalangnya dari solat terawikh serta ia tidak rasa khuatir akan lumpuh solat di Masjid tanpa kehadirannya, maka baginya solat di rumah adalah lebih utama. Namun jika dikhutiri perkara-perkara tersebut berlaku, maka solat di Masjid adalah lebih utama.[4]


Bacaan di dalam solat Terawih


Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat terawih, begitu juga di di dalam solat-solat yang lain sama ada solat fardhu atau sunat. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersanda;
أفضل الصلاة طول القنوت


“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya” (HR Imam Ahmad dan Muslim dari Jabir r.a.).

Maksud lama berdiri itu ialah; memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat kerana tempat bacaan al-Quran di dalam solat ialah ketika kita berdiri (sebelum ruku’).[5]

Namun jika kita menjadi imam hendaklah mengambil kira keadaan makmum di belakang kita. Janganlah keterlaluan memanjangkan bacaan hingga menyusahkan makmum di belakang kerana ada di antara mereka yang dhaif, tua, sakit, sibuk dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah dipendekkan bacaan sesuai dengan keadaan makmum itu.

Sabda Nabi s.a.w.;

إذا صلى أحدكم للناس فليخفف؛ فإن فيهم الضعيف والسقيم والكبير، وإذا صلى أحدكم لنفسه فليطول ما شاء

“Jika seseorang dari kamu menunaikan solat dengan orang ramai (yakni menjadi imam kepada mereka), hendaklah ia meringankan solatnya kerana di kalangan mereka itu ada yang dhaif/lemah, sakit dan tua. Tetapi jika ia menunaikan solat seorang diri, maka perpanjangkanlah solatnya mengikut yang ia kehendaki” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Namun perlu diingatkan; maksud memendekkan bacaan bukanlah dengan terlalu pendek seperti membaca satu ayat yang pendek umpamanya membaca “سبح اسم ربك الأعلى”, kemudian terus ruku’. Sekurang-kurangnya ialah dengan membaca satu surah yang pendek seperti surah al-Kausar, al-Kafirun, al-Ikhlas dan seumpamanya atau membaca tiga ayat yang menyamai panjang surah-surah pendek itu atau membaca satu ayat panjang yang me