Jumaat, Mac 19, 2010


Detik Kematian nabi


Salam teman-teman,..


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang- orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.


Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangis. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini? tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:


'kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah

berada di dalamnya, kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.


Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum- Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang di antaramu.


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu


Razali sani

19 Mac 2010

Selasa, Mac 09, 2010


Wasiat Terakhir Nabi


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:


“Wahai manusia sila dengar apa yang akan ku perkatakan ini, aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini dan selamanya.”


“Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu, dan kehormatan dir kamu telah terpeilhara (diharamkan untuk sesiapapun untuk mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hariini, bulan ini dan Bandar ini (Makkah dan sekitarnya).”


“Sesiapa yang memegang amanah hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan).


“Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin harith yang disusun oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.”


“Riba adalah Haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin abd Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.”


“Wahai manusia takutilah Allah s.w.t dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesunggunya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah danmereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada perbuatan buruk. Jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk meghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kemu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakaian mereka dengan baik.


“Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim untuk mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.”


“Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, berpeganglah kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah ku.”


“Wahai Manusia, sesungguhnya tidak ada lagi Nabi selepasku, dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru kepada kamu supaya sembahlah Allah, Tuhan kamu dan sembahyanglah lima lima waktu, puasa pada bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah juga haji ke rumah Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu, kamu akan bakal menghuni syurga Tuhanmu.”


“Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam pula berasal daripada Tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa arab lain kecuali denga taqwa.”


“Allah telah menetapkan hak menerima harta pusaka, kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh berbuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para Malaikat dan seluruh manusia.”


“Kemudian kamu semua akan ditanya tentan diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?” Kami menjawab : “

kami

menjawab bahawasannya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah mu.”

Lantas baginda mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya kea rah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud): “Ya Allah! Saksikanlah.”


Wallahu alam ….



Razali Sani

09 Mac 2010