Selasa, Januari 26, 2010


ADAKAH AKU IKHLAS?


Amalan dan kelakuan kita hanya boleh dilihat pada yang zahir sahaja, niat berdasarkan keikhlasan, adalah suatu dasar yang tersembunyi. Sama ada setiap yang dilakukan itu ikhlas atau pun tidak, hanya Allah swt yang maha mengetahui dan Dia sahajalah yang berhak memberi segala kebaikan di atas kebaikan yang kita lakukan.


Sama-samalah kita berdoa:


Ya Allah..!

Ya Tuhan kami..! jadilah kami ikhlas kepada Mu,

Syukur kepada-Mu,

Bertawakkal kepada-Mu,

Taubat kepada-MU,

Khuyuk kepada-Mu.


Wahai Tuhan kami..!

Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu,

Ketetapan di dalam urusan ini,

Keazaman di dalam hidayah,

Tolonglah kami mengingati Engkau,

Menyebut nama-MU,

Mensyukuri Engkau,

Baik ibadat kepada-MU.


“YA ALLAH..Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah engkau kurniakan kepada kami petunjuk, anugerahkanlah kepada kami akan rahmat-MU, kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengurnia..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.