Selasa, Februari 02, 2010


Mengapa Allah Turunkan Bala ..???

Apabila Allah hendak melingkupkan suatu negeri, Allah
perintahkan orang-orang yang senang-senang,
orang-orang yang mewah-mewah, orang-orang kaya supaya
beramal, "fafasaqu fiiha", sebaliknya mereka berbuat
fasiq, "fahaqal qaulu" , maka layaklah perkataan Kami
atas mereka, "fadamarnaaha tadmiira". Kami lingkupkan
negeri itu selingkup-lingkupnya.
Tapi,... mereka tak percaya ayat al-Qur-an.

Ingatlah sesungguhnya banyak kejadian atau peristiwa yang Allah telah tunjukkan kepada kita sebagai pengajaran dan iktibar untuk semua manusia. Apa yang berlaku bukannya suatu bencana ataupun kejadian sains yang diceritakan di dalam bilik-bilik darjah. Ketahuilah bahawa itulah bala dari Allah yang maha agong lagi maha berkuasa. Dalam al-Quran juga Allah banyak menceritakan kaum-kaum yang telah diturunkan kepada mereka akibat dari perbuatan mereka yang ingkar dengan perintah Allah. Kaum tsamud, kaum luts, dan Firaun yang sememangnya terkenal dengan kedegilan dan kejahilan mereka untuk memperhambakan diri menyembah Allah yang maha esa.

"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)". (Surah Al-A’raf :133)

Masihkah kita ingat peristiwa tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia, gempa bumi di Padang Indonesia, penyakit yang menakutkan seperti selesma babi dan selesma burung, peperangan yang tidak pernah tamat di Asia tengah, tanah runtuh yang terjadi di Bukit Antarabangsa, taufan kartina di Amerika Syarikat, ribut Grid di Keningau Sabah dan banyak lagi peristiwa yang sememangnya kita tidak sedar ataupun kita tidak katahui melainkan ia terjadi kepada diri kita ataupun ia disiarkan di kaca televisyen. Kita juga banyak menyaksikan kejadian yang aneh dan pelik seperti pokok sujud, batu sujud, kalimah Allah pada badan ikan, dan bayak lagi, itu semua adalah tandakan kekuasaan Allah S.W.T. inagatlah Nabi pernah bersabda :

“Apabila umatku telah mengerjakan 15 perkara, nescaya Allah menghalalkan kepada mereka bala”

1. Apabila harta kekayaan dimonopoli oleh seseorang. (bukan untuk kepentingan rakyat)
2. Apabila amanah dianggap sebagai keuntungan
3. Apabila zakat dianggap sebagai cukai.
4. Apabila suami tunduk kepada isteri.
5. Apabila anak-anak menderhaka kepada ibu bapa.
6. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempua tanpa batas.
7. Anak zina banyak dilahirkan
8. Masjid dijadikan empat bertelagah.
9. Apabila dipilih sesuatu kaum itu daripada kalangan orang yang paling hina.
10. Apabila menghormati seseorang itu kerana takut akan kejahatannya.
11. Apabila ramai yang meminum arak dan dijadikan minuman biasa.
12. Apabila artis disanjung tinggi.
13. Apabila lelaki berbangga dengan kain sutera.
14. Apabila muzik menjadi hiburan
15. Apabila satu umat telah laknat melaknati.


Andainya telah berlaku 15 perkara ini, nescaya Allah akan menurunkan bala dalam bentuk tiupan, banjir yang hebat, kemarau yang memeritkan, gempa bumi, peperangan dan sebagainya.

Sama-samalah kita bermuhasabah.. adakah kita tergolong dalam golongan yang melakukan 15 perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.