Selasa, Mei 25, 2010

Hanya Ilmu Agama Teguhkan Umat Islam


Sering kali kita diigatkan dengan kepentingan ilmu-ilmu agama yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Ini kerana ilmu agama Islam adalah jalan yang meneguhkan umat Islam agar sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w.

Allah menurunkan agama Islam ini serba lengkap dan sempurna. sehinggakan seluruh kehidupan kita telah ditunjukkan oleh agama islam. Bukan sahaja hubungan kita dengan Allah, ia termasuklah hubungan kita dengan diri sendiri, hubungan kita dengan keluarga, hubungan dengan masyarakat, hubungan dengan negara, hubungan dengan politik, hubungan dengan ekonomi dan lain-lain.

Hubungan ini merangkumi seluruh aspek sama ada diperingkat negara mahupun antarabangsa kerana semuanya terkandung di dalam al-quran yang serba lengkap. muktakhir ini, terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan umat Islam tidak perlu lagi mendalami dalam perkara agama sekiranya ingin menjadi umat yang maju. mereka cukup maju dalam bidang sains dan teknologi. tidak perlu mendalami agama Islam. Mereka tidak sedar bahawa, seluruh kehidupan dunia ini mestilah dipandu oleh agama.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dipandu oleh ajaran agama Islam bermula dari makan minum, membersihkan diri, berniaga, bercucuk tanam, berpolitik, ekonomi dan seluruh kehidupan mestilan berpandukan ajaran agama Islam. pada hari ini, hukum hakam islam telah dirombak mengikut kesesuaian manusia. Manusia sibuk dengan urusan duniawi sehingga tidak lagi mengikut telunjuk dari al-quran dan hadis nabi.

Justeru, umat Islam sekurang-kurangnya wajib mengetahui perkara-perkara dasar ajaran agama Islam. Perkara yang berkait dengan iman, ibadah, muamalat, hukum, halal haram dan dosa pahala. Semoga kita dapat menjadi umat Islam yang sebenar melalui roh agama Islam yang kita cintai.


razalisani
* sumber harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.