Sabtu, Mei 29, 2010

Salam Pertunangan
















Khas buat Saudara Khairum Manza dan Cik Rosnani Sempena Majlis Pertunangan Pada 30 Mei 2010 (Ahad).


Sabda Nabi s.a.w:

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Apabila salah seorang dari kamu (Khitbah)bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat kahwin, maka lakukan lah ia.” Berkata Jabir “aku telah bertunang dengan wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / bertunang dengan wanita dari kaum Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa untuk menikhahi tanpa atau mengahwininya.” Dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari diri / tubuh badan wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku.”


Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cara untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-


Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-


إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.