Rabu, Mac 03, 2010


Mari cinta Nabi Kita

Sambutan Maulid Rasul s.a.w yang saban tahun kita sambut adalah bertujuan untuk memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad dan menyatakan kecintaan kepada baginda serta memperingati sirah perjuangan baginda menyampaikan ajaran Islam. Bermacam-macam aktiviti yang kita lakukan untuk mengimarahkan lagi hari keputeraan baginda ini. Umat Islam bertungkus lumus mengatur program di tempat masing-masing. Dimulakan dengan perarakan, pertandingan dan jamuan serta banyak lagi acara lain. Tetapi kita perlu ketahui bahawa sambutan Maulid Rasul ini bukanlah bukkti yang kukuh bagi menyatakan rasa kecintaan kita kepada Rasullullah s.a.w kerana banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Di antara bukti seseorang itu cinta akan nabi Muhammad adalah seperti berikut :

1. Mengimani bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah untuk semua makhluk.
2. Membela sunnah baginda.
3. Menjalankan seruannya mengamalkan yang wajib, sunnah dan meninggalkan yang makruh serta yang haram.
4. Menjadikan Nabi sebagai qudwah hasanah / rol Model dalam hidup.
5. Lebih mencintai nabi dari orang lain.
6. Beradab kepada nabi dan menyebut kedudukannya.
7. Berpegang teguh kepada manhaj nabi dan manhaj sahabat.
8. Membenci bid’ah dan orang yang melakukannya.

Setelah menilai perkara di atas, adakah kita tergolong dalam orang yang mencinta Nabi? Jawapannya ada pada diri kita. Tidak salah kita meyambut mauled Rasul tetapi jangan sampai mengabaikan kewajipan kita kepada Allah s.w.t.

Wallahu’ alam …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.