Selasa, Mac 09, 2010


Wasiat Terakhir Nabi


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:


“Wahai manusia sila dengar apa yang akan ku perkatakan ini, aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini dan selamanya.”


“Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu, dan kehormatan dir kamu telah terpeilhara (diharamkan untuk sesiapapun untuk mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hariini, bulan ini dan Bandar ini (Makkah dan sekitarnya).”


“Sesiapa yang memegang amanah hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan).


“Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin harith yang disusun oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.”


“Riba adalah Haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin abd Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.”


“Wahai manusia takutilah Allah s.w.t dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesunggunya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah danmereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada perbuatan buruk. Jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk meghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kemu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakaian mereka dengan baik.


“Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim untuk mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.”


“Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, berpeganglah kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah ku.”


“Wahai Manusia, sesungguhnya tidak ada lagi Nabi selepasku, dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru kepada kamu supaya sembahlah Allah, Tuhan kamu dan sembahyanglah lima lima waktu, puasa pada bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah juga haji ke rumah Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu, kamu akan bakal menghuni syurga Tuhanmu.”


“Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam pula berasal daripada Tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa arab lain kecuali denga taqwa.”


“Allah telah menetapkan hak menerima harta pusaka, kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh berbuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para Malaikat dan seluruh manusia.”


“Kemudian kamu semua akan ditanya tentan diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?” Kami menjawab : “

kami

menjawab bahawasannya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah mu.”

Lantas baginda mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya kea rah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud): “Ya Allah! Saksikanlah.”


Wallahu alam ….



Razali Sani

09 Mac 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala kritikan dan komen berhubung blog ini atau tulisan yang dipaparkan di dalam blog ini amatlah diharapkan.